Lipstick ni juga dikenali sebagai gincu. Bila sebut pasal lipstick ni, kalau kita salah sapu, maka solekan kita akan jadi tidak kemas atau tidak cantik. Warna lipstick juga memainkan peranan yang amat penting. Ianya hendaklah dipilih sesuai dengan tona muka kulit kita sendiri.
Cara pemilihan warna lipstick ni Cik Vita akan kongsikan pada anda di lain entry ye. Harini kita tengok dulu apa 10 tips untuk memastikan sapuan lipstick kita lebih cantik ataupun lebih menawan.
Kepelbagaian warna lipstick mengikut tona wajah |
Tips serlahkan sapuan lipstick
# Pertama
Anda perlu lihat
bentuk bibir anda. Jika ianya nipis, maka anda digalakkan untuk melukis bentuk
bibir anda dengan menggunakan pensil bibir terlebih dahulu. Kemudian barulah
oleskan dengan lipstick. Serlahkan lagi bibir anda dengan sapuan pengilat bibir
ataupun lip balm.
# Kedua
Sekiranya bibir
anda tebal, lipstick jenis matte adalah yang paling sesuai. Ia akan membuatkan
bibir anda kelihatan seksi. Pengilat bibir tidak digalakkan kerana akan
membuatkan bentuk bibir anda akan kelihatan tebal.
# Ketiga
Jika anda mempunyai
bibir yang nipis pada satu bahagian sahaja, anda juga turut digalakkan untuk
menggunakan pensil bibir bagi melukis bagi bahagian yang nipis. Sapuan lipstick
jenis berkilat amat digalakkan.
# Keempat
Sekiranya anda
mempunyai bibir yang kering juga akan menjadi 1 masalah. Sebagai
penyelesaiannya anda hendaklah oleskan pelembap bibir sebelum mengenakan
lipstick. Jika ia menjadi semakin teruk, maka eloklah sekadar menyapu pelembao
bibir sahaja sehinggalah bibir anda kembali sembuh seperti biasa.
Rahsia Sapuan Lipstick Lebih Cantik
Tips Olesan Lipstick |
# Pertama
Bagi mengelakkan
bibir anda kekeringan akibat dari sapuan lipstick, sebaiknya oleskan sedikit
pelembap bibir terlebih dahulu sebelum memakai lipstick.
# Kedua
Sekiranya anda
ingin mengekalkan warna gincu, maka sapukan bedak padat pada bibir anda selepas
anda oleskan pelembap bibir. Jadi selepas itu barulah anda sapukan lipstick
pada bibir. Tips ini akan membuatkan warna lipstick tahan lebih lama.
# Ketiga
Jika anda
memilih untuk mengenakan pengilat bibir, ia perlulah disapu dengan kemas agar
bentuk bibir kelihatan sekata. Untuk warna lipstick yang cantik, sapukan lipstick
dan juga pengilat bibir yang mempunyai warna yang senada. Gabungan ini akan
membuatkan orang kata “cantiknya you pakai lipstick”. Mesti anda suka kan. Tapi
jangan riak tau!.
# Keempat
Untuk kesan yang
baik serta kelihatan semulajadi, seeloknya touch up bibir anda dengan lipstick
secara kerap. Memang akan Nampak ‘fresh’ macam baru datang kerja.
# Kelima
Mahukan warna
bibir nampak nude?
Tekapkan bedak
bpadat pada bibir dan gunakan pengilat bibir tanpa warna. Kelihatan cantik!
# Keenam
Untuk solekan
bibir yang ‘penuh’ dan tidak comot, penuhkan bibir anda dengan warna pensil
bibir. Bukan sahaja lebih kemas, malah warnanya juga akan tahan lebih lama.
Selamat mencuba!
3 comments
Click here for commentsWahhh terbaik!! Slalu merah lah lips nanti. Haha
Replymerah itu menawan!! hehe
Replywauuuu ini info yang berguna.. tidak kerap pakai lips tetapi kalau pakai ke event jenuh nak asyik pakai lips. tq
ReplyKongsi apa yang anda rasa ^^
jangan malu malu, kita kawan kan :) ConversionConversion EmoticonEmoticon