Pernah dengar istilah "Breakfast like a king". Maksudnya bukan makan banyak, tetapi makan makanan yang bekualiti, yang sihat. Jadi wajiblah bersarapan.
Sarapan is very important |
Jadi, saya akan memberikan resepi bagaimana nak buat muesli sendiri dari dapur kesayangan anda. Apa yang paling penting ialah sarapan yang membuatkan badan anda kekal langsing jelita. Sarapan yang saya maksudkan adalah dengan hanya mengambil semangkuk bijirin.
Ada yang cakap, bijirin tidak sedap kan? Tak sanggup nak siksa diri makan makanan tak sedap untuk kurus.
Jadi, saya berikan anda, cadangan sarapan bijirin yang memang sedap dan cepat.
Resepi Sarapan Pantas
Morning Muscle Muesli
(Untuk 5 hidangan)
- 50 gm mentega kacang
- 125 g Oat
- 50 g Kacang tanah
- 50 g Biji Bunga matahari
- 50 g Buah kismis
Cara penyediaan
- Goreng kacang tanah tanpa minyak sehingga kekuningan
- Masukkan kacang tanah yang digoreng ke dalam magkuk
- Masukkan buah kismis, oat dan biji bunga matahari dan gaul sehingga sebati
- Sapukan mentega kacang kedalam kualai dan masukkan ramuan yang digaul
- Goreng tanpa minyak selama 5 hingga 7 minit dan sedia dihidangkan
Muesli juga turut disediakan di dalam paket. anda hanya boleh terus makan ataupun campur dengan buahan segar, mengikut apa yang anda suka.
Ready made Muesli |
Cadangan Lain Pengambilan Bijirin
- Susu + kacang + biji labu atau biji bunga matahari atau chia + buahan kering atau hirisan buah
- Yogurt – konsep kunyahan membantu merasa kenyang secara psikologi. Ia sangat berkesan untuk anda yang sedang berdiet.
- Campur pelbagai bijirin mengikut kreativiti – lebih murah, lebih sihat daripada yang dijual seperti muesli
- Masukkan bijirin penuh ke dalam muffin, roti dan biskut
Anda juga boleh mengambil minuman protien untuk sarapan pagi. Ia akan memberikan anda rasa kenyang yang berpanjangan sehingga ke tengah hari. ini dapat mengelakkan anda mengambil snek-snek ringan yang tinggi kalori yang boleh mengganggu proses diet anda.
Selamat Mencuba!.
3 comments
Click here for commentsmacam best je menu ni..
Replymemang best HB.. simple dan pantas, dan kenyang..
ReplyResepi yang cukup menarik
ReplyKongsi apa yang anda rasa ^^
jangan malu malu, kita kawan kan :) ConversionConversion EmoticonEmoticon