Assalamualaikum
& Salam sejahtera. Dah sarapan ke semua hari ini? Ingat tau sarapan amat
penting untuk proses diet. Kalau badan dah macam dipam pam, terpaksa lah
mengambil set kurus pula.
Bila sebut pasal diet, semua dah berkerut kening fikirkan tak bestnya.. nanti tak dapat makan makanan sedap-sedap. Siapa cakap tak boleh makan? Siapa cakap diet kena makan sayur dan buah sahaja?
Jangan bimbang, semua itu permainan orang yang tak sanggup nak diet sahaja. Diet is mind setting. Bila anda set nak diet, memang secara tersendirinya anda akan kurangkan makan.
Sebab itulah nak diet, kena ada plan atau perancangan yang terperinci.
Perancangan pemakanan |
Siapa yang nak diet, tetapi tiada perancangan dan saja suka-suka, malah tiada target, maka saya nasihatkan tak payah diet. Membazir masa anda sahaja. haha..
Bincang mengenai set kurus, kadang ambil set
kurus pun tak turun-turun kan?. Ingat tau, nak kurus kena ada rules dan kena
disiplin. Kalau break the rules, memang takkan menjadi, dan masa yang sama anda
mula menyalahkan produk.
Saya sendiri
mengamalkan set kurus dan selepas disiplin memang turun berkilo-kilo lah sampai
semua orang tegur. Adik sendiri yang selalu kutuk-kutuk pun mengaku akaknya dah
kurus. Hehe.
Penulis Blog |
Ok, terus kepada
topik lah mengenai set kurus paling lengkap yang mengamalkan 3 konsep penting
iaitu konsep bakar, konsep buang dan konsep bina. Nanti kita akan berkenalan
satu persatu produk untuk set kurus ini.
Set Kurus Lengkap
Set Kurus yang
diperkenalkan memang banyak. Tetapi tak semestinya ambil kesemuanya. Mengikut kesesuaian
bajet anda sendiri.
Saya bagi
perumpamaan, sekiranya ambil kesemua set lengkap lemak yang dibakar umpama
kereta Ferrari cepatnya. Kalau ambil yang bajet, lemak yang dibakar umpama
kereta kancil.
Anda nampak kan
perbezannya?. Jadi anda berhak memilih dan saya akan cadangkan kepada anda
mengikut keadaan badan anda samada ada masalah kesihatan lain ataupun tidak.
Tak boleh hentam
keromo je tau, sebab ada masalah kesihatan yang tidak boleh mengambil
sesetengah vitamin ataupun sesetengah herba.
Jadi, anda kena
menceritakan kesemua masalah kesihatan, sebelum anda membeli sesuatu produk.
Ok, jom kita
tengok set kurus lengkap ini.
KUMPULAN 1 :
BAKAR LEMAK
[Lecithin]
Pemecah lemak |
Lecithin berasal
daripada kacang soya organik Non-GMO. Mempunyai 180 kapsul.
Lecithin bertindak
untuk mengemulsi lemak yang ada di dalam badan anda. Biasalah, dalam badan dan
salur darah mesti ada lemak kan?
Bila air yang
kita minum bercampur dengan lemak, maka lemak tu takkan terjejas pun, tetap
tepu di dalam badan.
Jadi, bila
mengambil lecithin, ia membantu untuk menghancurkan lemak. Dan membuatkan lemak
tersebut bercampur dengan air. Dan akan dibuang melalui proses pembuangan.
Apa lagi yang
anda akan dapat setelah mengambil lecithin?
- Melindungi hati dengan menghalang enapan lemak di hati
- Mencantikkan otot dan kulit sebab kandungannya dari kacang soya kan.
- Mempertingkatkan daya ingatan. Kalau ada anak-anak yang tak fokus da nada masalah untuk mengingati pelajaran, boleh cuba lecithin juga.
- Menghalang tekanan darah tinggi
- Menghalang kejadian batu karang kerana 90% dari batu karang terjadi dari kolestrol. Jadi lecithin mengemulsi kolestrol berlebihan untuk menyekat kejadian batu karang.
[Omega Guard]
Menghasilkan hormon "kenyang" |
Omega guard
berasal dari minyak ikan yang terbaik di dunia. Bukannya dari minyak hati ikan.
Mempunyai 90 kapsul.
Omega ialah agen
pemecahan lemak sekitar salur darah dan hati. Beliau membantu merendahkan paras
kolestrol dan menjaga kesihatan jantung.
Tapi, apa yang
paling penting adalah omega membantu menghasilkan satu hormon penting yang
dipanggil hormon leptin.
Hormon leptin
inilah yang mengawal aturan pengambilan makanan kita. Maksudnya dialah yang
bertugas mengawal rasa kenyang, rasa lapar dan selera makan kita.
Maka, bila ambil
omega guard, anda akan rasa kenyang sentiasa sebab hormon leptin mengawal
pengambilan makanan anda dengan baik. Tak dalah rasa lapar sentisa walaupun
baru lepas makan.
Say : No! |
Apa lagi yang
anda akan dapat dengan pengambilan Omega Guard?
- Membantu meningkatkan memori tidak kiralah samda anak-anak ataupun kita sendiri. Ramai yang memberikan anak mereka omega dan hasilnya amat memberangsangkan.
- Boleh mencegah insomnia dan membantu mengurangkan tekanan. Kandungan DHA dan EPA yang tinggi di dalam omega berupaya menstabilkan emosi dan membantu kesihatan mental.
KUMPULAN 2 :
BUANG [DETOX]
[Alfalfa]
Ejen detox terbaik |
Alfalfa berasal
daripada tanaman Alfalfa (Medicago Sativa) ataupun dikenali sebagai Raja Segala
Tumbuhan kerana kepakaran akarnya yang menyerap pelbagai nutrisi sedalam 20
kaki ke dalam tanah.
Didatangkan dalam
2 botol iaitu bersaiz S (330 tablet) dan L (700 tablet).
Alfalfa bertindak
sebagai agen penyingkiran lemak dan kolestrol. Kan tadi lemak dah dipecahkan
oleh lecithin dan omega guard, maka alfalfa bertindak untuk menyingkirkan semua
lemak dan toksin tersebut.
Ini kerana
alfalfa mengandungi saponin. Saponin ni seolah macam span yang bertindak
sebagai serat yang menyerap semua kolestrol.
Tetapi awas! Alfalfa
ini sumbernya herba, maka ia kurang sesuai untuk mereka yang mengalami SLE dan
G6PD.
Apa lagi yang anda
akan dapat dengan pengambila Alfalfa?
- Pengambilan alfalfa akan mengurangkan resdung.
- Sesiapa yang mempunyai masalah jerawat yang teruk, alfalfa adalah digalakkan untuk agen detox.
- Bagi ibu menyusu, alfalfa amat digalakkan untuk menambahkan susu ibu. Bolehlah anak menyusu sehingga 2 tahun.
[Herblax]
Rawatan sembelit |
Herblax berasal
dari himpunan 9 herba semulajadi. Mempunyai 120 tablet.
Fungsi utama
herblax ialah membersihkan najis yang tersekat yang meyebabkan perut kita
menjadi buncit.
Ia bertindak
untuk merangsang usus untuk mempercepatkan proses pembersihan atau pembuangan
secara lembut kepada najis yang tersimpan lama di dalam perut.
Tindakan pembersihannnya
secara lembut, akan mengembalikan semula proses semulajadi pergerakan usus dan membantu masalah
sembelit. Maka, tak dalah selepas ni, anda bergantung pada ubat sahaja untuk
membuang.
Fungsi yang
paling diminati ialah herbalax membantu kita untuk mengempiskan perut. Ingat tau,
masalah penghadaman kita yang sebenarnya salah satu faktor perut buncit.
Jadi, jika
masalah pembuangan dah selesai, maka, tiada lagi perut buncit.
KUMPULAN KETIGA
: BINA [SUMBER PROTIEN]
[Energizing Soy
Protien - ESP]
Minuman protien |
ESP dihasilkan
dari kacang soya non-GMO. 1 canister ESP bersamaan dengan 850g yang dihasilkan
dari 30 kg kacang soya.
ESP juga
membekalkan 9 asid amino yang sangat penting yang tak boleh dihasilkan oleh
badan kita sendiri. Dan Shaklee mempunyai Identity Preserved Program (IPP)
untuk memastikan kacang soya bebas dari pendedahan perubahan genetik.
ESP ini
mengandungi leucine yang berfungsi untuk kekalkan otot. Jadi, apabila lemak
dibakar, maka tidaklah kelihatan otot menggeleber kerana yang dibakar ialah
lemak dan bukannya otot.
ESP juga
memberikan anda rasa kenyang yang berpanjangan kerana mempunyai Indek Glisemik
yang rendah iaitu 39.
Ia berfungsi dengan memecahkan gula secara perlahan-lahan
sambil membebaskan glukos ke dalam sistem badan. Jadi, anda akan sentiasa rasa
kenyang.
Ingat tau,
mengekalkan paras gula dalam darah amat penting dalam pengurangan berat badan
dan termasuklah untuk kesihatan yang berpanjangan.
Apa lagi yang anda
akan dapat dengan pengambilan ESP?
- Pengambilan ESP akan menjadikan anda awet muda kerana terdapat asid amino yang sangat penting untuk pembinaan otot, kuku, rambut dan sebagainya.
- Membantu meremajakan kulit dengan merangsang pembentukan semula kulit dan otot.
- Membekalkan tenaga yang berpanjangan dengan pelepasan glukos secara perlahan le dalam sistem badan.
- Memperbaiki masalah pigmentasi seperti masalah rambut, kedutan dan kesan penuaan.
- Membantu membanyakkan dan memekatkan susu ibu dan memberikan rasa kenyang kepada bayi.
[Cinch Shake Mix]
Tiada perasa tiruan, pewarna atau pemanis |
Cinch Shake Mix
berasal dari soya non-GMO dan didatangkan dengan 3 perasa iaitu, Coklat, Cafe
Latte dan Vanilla.
Ia merupakan
minuman protien yang sangat penting untuk diet. Setiap kali mengambil cinch
shake anda akan mendapat 24 gram protien untuk membantu anda berapa puas dan
kenyang.
Protien juga
berfungsi untuk mengurangkan anda mengambil makanan antara waktu makan,
misalnya pengambilan snek yang sangat tinggi kandungan kalori seperti keropok
ataupun jajan.
Kenapa protien
sangat penting untuk diet?
Protien penting
sebab protien berfungsi untuk membina otot. Dan ototlah yang menaikkan kadar
metabolisma. Sekiranya metabolisma tinggi, maka ia sangat mudah untuk membakar
kalori dan lemak.
Cinch shake
mengandungi indeks glisemik yang sangat rendah iaitu 22 dan sangat sesuai untuk
pengidap kencing manis.
Diantara ESP dan
Cinch Shake, saya menyokong anda untuk mengambil Cinch Shake untuk diet kerana
diperkasa dengan leucine yang dirumus khas untuk membantu anda memecahkan
kitaran diet di mana hasilnya ialah mengekalkan otot, membakar lemak yang tidak
diingini dan mengurangkan ukuran inci.
Bagaimana Mahu Tingkatkan Metabolisma Badan?
Kadar metabolisma
badan amat penting untuk anda yang nak mulakan diet. Sebab bila metabolisma
tinggi, maka lemak dibakar dengan cepat sekali.
Tak adalah
terjadinya isu dimana anda dah diet, tetapi berat tak turun-turun. Ataupun anda
dah diet dan bersenam tetapi berat tak juga turun.
Maka, di sini
isunya mungkin kadar metabolisma badan anda sendiri. Jika metabolisma rendah,
keupayaan untuk membakar kalori memang tiada.
Selama anda
bersenam, yang dibakar hanyalah otot dan bukannya kalori.
Jadi Cinch Energy Tea Mix memang dapat membantu untuk meningkatkan kadar metabolisma. Ia dihasilkan
dari 4 jenis teh yang mempunyai fungsinya yang tersendiri.
Tingkatkan metabolisma 4 kali ganda |
Banyak kebaikan
cinch tea mix ni. Bagi anda yang suka sangat minum teh, cinch tea mix sangat
sesuai untuk anda.
Selalunya orang
cakap teh menyebabkan perut berangin, dengan cinch tea mix, tidak sama sekali. Ibu
selepas bersalin pun boleh mengamalkannya sebab ia pembekal tenaga yang sangat
baik.
Jadi, jangan
minum di waktu malam. Nanti tak boleh tidur!. Hehe
Inilah 7 item di
dalam set lengkap kurus, yang memang membantu untuk proses kurus anda. Tapi apa
yang paling penting adalah displin diri.
Kalau anda ambil
mana-mana vitamin makanan tambahan untuk diet, tetapi tak nak disiplin,
contohnya sekali makan 3 pinggan nasi, maka saya nasihatkan anda, tak perlu
membazir duit untuk diet. Memang takkan berjaya.
Jadi, saya
nasihatkan pilihlah pengedar yang benar-benar boleh bantu anda untuk diet dari
segi pengambilan makanan tambahan, pengambilan makanan seharian dan sebagainya.
Jangan hanya
fikir hendak dapatkan yang murah, tetapi anda langsung tak diberitahu cara nak
makan, apa yang tak boleh ambil semasa diet, apa yang perlu dikurangkan dalam
pemakanan dan sebagainya.
Jadi, saya
doakan anda kurus dengan berjaya. Selamat mencuba!.
Nak Cuba -->> Whatsapp Fisha 019-9609708
10 comments
Click here for commentsnice entry kak sha..
Replyrampingnya.....nak ramping juga boleh...hihi
Replysaya sekarang proses nak naikkan badan pulak..
Replybolehhh.. jom ramping bersama2.. hehe
Replygood BO.. tpi jgn makan banyak plak utk naikkan berat badan.. haha
Replytq QA.. selamat mebaca ye.. hehe
ReplyDiet tak semestinya dengan tak makan..jangan takut maaa.. beli aje produk ni..hehe
Replykalau diet dgn tak makan, mmg takkan turun berat badan.. haaha
Replykalau diet dgn tak makan, mmg takkan turun berat badan.. haaha
ReplyThe emperor casino bonus codes - Shootercasino.com
ReplyEmperor Casino Review 2021 - Play the latest slots at The Emperor Casino! Find your lucky charms at the best 메리트 카지노 online 카지노사이트 casino with top 제왕 카지노 bonuses!
Kongsi apa yang anda rasa ^^
jangan malu malu, kita kawan kan :) ConversionConversion EmoticonEmoticon