Assalamualaikum semua.. Sihat
semua ke? Mana tau semakin menjelang GST, ramai yang demam kan. Cuaca pulak
panas sekarang ni. Make sure, anda minum banyak air putih ye. Banyak khasiat
tau air putih atau palin water ni. Cuaca panas jugak boleh menyebabkan stress,
maka timbullah banyak jerawat di muka. Jadi, Cik Vita tak ketinggalan nak
berikan 6 petua ringkas bagaimana nak menghilangkan parut-parut jerawat di muka
anda. Tak kiralah anak-anak ke, ibu-ibu, bapak-bapak ke, semua boleh apply ke
muka sendiri.
Parut jerawat batu masih boleh dihilangkan |
Petua Klasik
1] Menggunakan Timun
Ambil sebiji timun dan potong
kecil-kecil. Agak-agak boleh masuk ke dalam mesin kisar. Then, kisar timun
tersebut. Tapis timun tersebut dan ambil hampas tapisan timun tersebut. Seterusnya,
anda tampal timun tersebut ke muka seolah-olah seperti masker. Biarkan selama
setengah jam. Dan boleh bilas menggunakan air suam. Anda akan dapati muka anda
suci bersih je. Hehe.. lakukan secara kerap untuk hasil yang maksima.
Baki jus timun tu, anda boleh
minum ye. Campurkan dengan gula batu atau stevia extract sebagai perasa. Gula putih
pun boleh. Cuma tak baik untuk kesihatan. Hehe..
2] Menggunakan Asam Jawa
Ambil sedikit asam jawa dan
masukkan ke dalam mangkuk kecil. Ramas asam jawa tersebut dengan sedikit air..
sedikit sahaja supaya tidak terlalu cair. Lalu ambil, pes tersebut dan sapukan
ke parut jerawat anda. Sebaiknya lakukan sebelum masuk tidur. Bangun keesokannya
barulah cuci muka dengan air suam. Lakukan secara kerap untuk hasil yang
terbaik.
3] Menggunakan Aloa Vera @ Lidah
Buaya
Penggunaan daun aloe vera adalah
salah satu cara semulajadi kerana betul-betul menggunakan daun lidah buaya
semulajadi. Yang menjadi masalah adalah kesukaran untuk mendapatkan daun lidah
buaya tersebut. Zaman sekarang, jarang dah orang nak menanam daun lidah buaya
lagi. Melainkan di kawasan kampong, mungkin ada lagi termasuklah di rumah Cik
Vita. Jemput lah datang petik daun lidah buaya ye. Hehe.
Ambil daun lidah buaya tersebut. Belah
dua dan anda akan Nampak lender atau ‘jelly’ yang terdapat di dalam daun tersebut. So, sapu je ‘jelly’
tersebut ke kesan parut jerawat anda. Tetapi jangan sapu setiap hari ya. Sapu seminggu
3 kali sudah memadai.
4] Menggunakan Madu
Mula-mula ambil sedikit sahaja
madu. Campurkan madu tersebut dengan bedak sejuk. Sapu campuran bedak sejuk
bersama madu tersebut di kesan jerawat anda. Lakukan secara kerap
sekurang-kurangnya 2 kali sehari.
5] Menggunakan Daun Sireh Muda
Tumbuk beberapa helai daun sireh
muda. Tempelkan pada kesan jerawat di muka anda. Biarkan sehingga 30 minit dan
boleh cuci muka dengan air bersih. Amalkan petua ini 3 kali seminggu.
6] Menggunakan Kulit Kayu Manis
dan Bedak Sejuk
Sediakan 2 batang kulit kayu
manis dan segenggam bedak sejuk. Tumbuk kulit kayu manis sehingga menjadi
serbuk halus. Kemudian campur serbuk kayu manis yang ditumbuk tu dengan bedak
sejuk. Bila dah sebati, sapukan pada parut-parut di wajah anda. Lakukan dengan
sekerap mungkin untuk hasil yang terbaik. Lama-kelamaan parut akan hilang.
Haaa. Cepat-cepat pi cari bahan
nak hilangkan parut jerawat. Cik Vita tak da masalah. Sebab… Cik Vita ada petua
moden. Hanya bukak penutup botol dan telan. Hehe..
Petua Moden
Zaman sekarang banyak supplement
serta Vitamin atau makanan tambahan yang anda perolehi. Anda hanya perlu pilih
yang terbaik. Vitamin pilihan Cik Vita ialah Vitamin dari Shaklee. Cik Vita
memang peminat tegar dan pengguna tegar vitamin Shaklee. Tambahan pulak untuk
set kecantikan dan set kurus. Hehe.
Apa yang Shaklee boleh bantu
untuk masalah parut jerawat?
Cik Vita perkenalkan kepada anda
petua moden kegilaan ramai..
Vitamin C
Vitamin C Shaklee |
Berfungsi untuk merangsang pembentukan
kolagen. Kolagen ni adalah sebatian asas otot, tisu, gusi dan lain-lain. Ia mampu
untuk menghalang otot menjadi lembik. Tak dalah anda kelihatan tua sebelum
usia.
Selain itu, vitamin c juga
bertindak untuk mencantikkan kulit. Kajian ada menunjukkan bahawa, sesiapa yang
mengmbil vitamin c setiap hari akan mendapat kulit yang cerah, melambatkan
penuaan dan menyekat pembentukan pigmen. Pigmen ini adalah penyebab utama
kepada jeragat.
Vitamin C juga berfungsi
mempertingkatkan sistem imun dimana ia membantu MENYEKAT bakteria yang menjadi
penyebab kepada PERTUMBUHAN JERAWAT.
Cik Vita suka sangat dengan
vitamin c ni sebabnya tahan selama 6 bulan. Jadi, Cik Vita tak perlu repeat
order setiap bulan. Boleh guna simpanan ke arah lain pulak kan.
Vitamin E
Vitamin E ini memberi manfaat
kepada kita sebagai anti penuaan. Hanya dengan satu kapsul vitamin E setiap
hari, mampu membantu melambatkan proses penuaan, mengurangkan kedut, garis
halus, PARUT, jerawat dan bintik penuaan.
Apa yang special vitamin E ni, ia
mampu memulihkan tekstur kulit dan tona muka, dada serta otot peha. Nak kesan
yang lagi cepat, anda boleh picit vitamin E tu, letak terus kat atas parut
jerawat. Sekejap je you all.. Vitamin E ni pun tahan selama 4 bulan tau. Save
duit Cik Vita, tak perlu berhabis setiap bulan..
Energizing Soy Protien (ESP)
Protien soya ESP |
Nama popular beliau ESP lah kan.
ESP ni ialah makanan tambahan protein berasaskan kacang soya. Sebenarnya setiap
peringkat golongan boleh consume ESP, kecuali kanak-kanak. Tapi kanak-kanak ada
makanan tambahan kanak-kanak punya. So, tak perlu risau.
Ok, apa ESP boleh bantu
menyelesaikan permasalahan kita ni? ESP membantu kita dalam meremajakan kulit.
ESP merangsang pembentukan semula kulit dan otot, mengurangkan kedutan, agen
terbaik anti penuaan, mempercepatkan sembuhan luka dan MENGURANGKAN KESAN PARUT.
Pengambilan ESP juga boleh bantu kita untuk awet muda tau dan juga membaiki masalah
pigmentasi, kedutan serta kesan tua.
Jadi, dah tahu rahsia kulit
cantik Cik Vita. Apa tunggu lagi, mudah lagi senang tau. Hanya bukak penutup
botol dan telan. Shake shake dan minum. Tak perlu nak tumbuk kulit kayu manis
dan mintak ihsan daun lidah buaya lagi..
Pengedar Shaklee Sik, Batu Lima, Jeniang, Kedah
Serta Seluruh Malaysia
"Saya Pengedar
Shaklee terbaik anda"
[1164063]
Hubungi Cik Vita sekarang
;
SMS / WhatsApp :
0199609708
FB : Fisha Hasan
Page : Cik Vitamin
KONSULTASI PERCUMA
UNTUK PELANGGAN CIK VITA
2 comments
Click here for commentspetua 2 dan 6 biasa amalkan sekejap.. akhirnya daku mengalah..haha
Replybila jumpa shaklee, telan tu je la hari2.. klu rajin skit wat masker 2x smggu..
(thumb up pada ESP ngan VIt C)
akk pernah guna aloe vera je.. tu pun beli dari kedai cina.. hehe.. akrg ni ku bncuh esp tu ja wat masker. sonang.. haha
ReplyKongsi apa yang anda rasa ^^
jangan malu malu, kita kawan kan :) ConversionConversion EmoticonEmoticon