Ganjaran Hebat Untuk Sesiapa Yang Join Business Saya

Assalamualaikum semua.. Alhamdulillah.. Sihat ke semua para pembaca blog Cik Vitamin? Kali ini Cik Vita nak kongsikan kepada anda, kenapa anda semua perlu join business dengan Cik Vita. Apa ganjaran hebat sangat tu ye? Business yang Cik Vita maksudkan adalah business Shaklee. Best sangat ke kata orang kan? Jawapan Cik Vita – Ya, anda perlu join Shaklee untuk dapat apa yang anda idamkan. Nanti, di bawah Cik Vita akan ceritakan, apa yang akan anda dapat bila join Shaklee.

Bila anda join Shaklee ada 2 kategori sebenarnya. Tengok, anda berada di kategori yang mana.

1] Untuk kegunaan sendiri
2] Untuk berniaga

Kegunaan Sendiri


Haaaa. Inilah kategori yang pertama. Anda join Shaklee, dan anda nak guna sendiri sebab anda perlukan vitamin untuk kesihatan anda. Kalau Cik Vita pulak, Cik Vita perlukan vitamin, sebab Cik Vita tak nak makan ubatan kimia. Nanti Cik Vita cerita di lain entry ye, bahayanya ubatan kimia dalam kehidupan kita. Ok, apa kelebihannya anda join Shaklee, tapi nak makan sendiri ni?

1] Mestilah anda dapat beli dengan harga ahli yang sangat murah, berbanding dengan harga pasaran. Bukannya mahal sangat macam keahlian produk lain, hanya RM75 untuk seumur hidup. Dah berapa banyak anda save untuk pembelian vitamin sekiranya anda join keahlian Shaklee.

2] Kalau pada bulan tersebut, pembelian anda melebihi 150 point, anda layak dapat bonus tunai pada bulan seterusnya. Siapa nak bagi pada anda wang tunai begitu je walaupun hanya RM10? Melainkan anda usaha sendiri. Dalam Shaklee lain, anda beli untuk kesihatan anda, tetapi cukup pulak point, dapat pulak bonus tunai kan. Jom tanya orang sebelah, “best ke tak?”. Hehe..

3] Keahlian seumur hidup. Tak perlu lah anda nak kekalkan point pada setiap bulan. Bayar sekali je seumur hidup. Best kan? Sebab itu jugak Cik Vita join Shaklee. Contohnya, bulan ini anda beli vitamin untuk kegunaan sendiri, 3 bulan kemudian baru anda beli semula, So, anda tak kan dibuang keahlian. Tak macam kebanyakan produk lain, rata-rata perlu kekalkan sesetengah point tertentu.
Itu antara kelebihan yang Cik Vita dapat janjikan kepada anda, bila anda join Shaklee. Yamh selainnya adalah, anda akan dapat kesihatan menyeluruh yang anda impikan. Hehe.

Untuk Berniaga


Ini pulak kategori yang kedua. Anda join Shaklee untuk berniaga. Tak kiralah samada anda baru join ataupun, dah lama join, tapi baru mula serius nak berniaga. Semua boleh. Cik Vita akan guide anda semua sampai Berjaya. Jom gapai bintang sayangku. Hehe..

Ok, apa yang anda dapat bila anda join Shaklee untuk berniaga?

1] Dapat keuntungan runcit bagi setiap produk yang dijual. Siapa yang belum tahu, untuk keahlian dapat harga vitamin dengan lebih murah. So, bila anda membuat jualan, anda dapat keuntungan runcit tersebut. Semakin banyak jualan, semakin banyaklah keuntungan yang anda dapat.

2] Ganjaran 3C. apa itu 3C? 3C ialah Cash, Car dan Convention yang Shaklee berikan kepada bergantung kepada syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh Shaklee. Jom kita tengok ganjaran 3C ni.

C Pertama : Cash

cash
Ganjaran Pertama

Cash ini anda akan dapat bila jualan anda melebihi 150 point dan ke atas. Maknanya cash ini adalah bonus lah yang anda akan dapat berdasarkan point yang anda kumpul. Semakin banyak point, semakin banyak juga cash yang akan anda dapat melalui Shaklee.

C Kedua : Car

ganjaran kereta
Pilih Kereta Idaman Anda

Ganjaran Car ini ialah intensif subsidi untuk pembelian kereta setiap bulan. Ganjaran ini anda akan dapat setelah anda naik rank ke peringkat supervisor dan ke atas berdasarkan kepada syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh Shaklee. Syarat yang Shaklee tetapkan tidak susah, Cuma anda perlu usaha untuk dapatkannya. Mana ada benda dalam dunia ni kita boleh dapat dengan goyang kaki je kan?. Dan ganjaran ini, ramai leaders Shaklee dah dapat. Sehinggakan 3 hingga 4 buah kereta, tetapi Shaklee yang bayarkan setiap bulan. Kereta pulak BMW dan sebagainya, ikut ereta idaman mereka. Agak-agak best ke tak ye?

C Ketiga : Convention

ganjaran ke usa
pilihan umrah ataupun percutian

Ganjaran bagi convention ini adalah satu peluang yang Shaklee berikan kepada ahli Shaklee untuk memilih samada pergi menunaikan umrah ataupun percutian yang ditaja sepenuhnya termasuk duit poket. Blink blink mata baca ganjaran ini kan?. Tetapi ia berdasarkan point yang anda kumpul la ye. Ianya bukan 1 tiket tau, kalau banyak point, banyak juga tiketnya. Tahun ini, ramai leaders kami ke Italy. Fully sponsored. Ada juga yang memilih untuk pergi umrah, siap hadiahkan kepada ahli keluarga mereka tiket tersebut.

tajaan shaklee
ganjaran umrah oleh Shaklee

Cik Vita dah tanamkan impian, untuk hadiah tiket yang Cik Vita akan dapat nanti untuk umi Cik Vita. Cuba bayangkan kalau anda sendiri yang hadiahkan tiket tersebut kepada orang yang anda saying? Apa perasaan mereka?.


Jadi ayuh! Jangan tangguh lagi untuk dapat peluang yang Shaklee berikan kepada kita. Jangan hanya angan-angan kosong, malah jadikan ia satu impian yang akan jadi kenyataan. Jom kita pergi sama-sama Umrah tahun hadapan! Tahun hadapan juga ada percutian 7 star ke USA. Semua percuma korang!. Bila lagi nak rebut peluang emas ini? 


Cik Vita PENGEDAR SHAKLEE Anda

Pengedar Shaklee Sik, Batu Lima, Jeniang, Kedah
Serta Seluruh Malaysia
"Saya Pengedar Shaklee terbaik anda"
[1164063]
Anda Mungkin Berminat Untuk MENJANA PENDAPATAN  6 -7 angka sebulan. 

Hubungi Cik Vita sekarang ;
SMS / WhatsApp : 0199609708
Page : Cik Vitamin

KONSULTASI PERCUMA
UNTUK PELANGGAN CIK VITA



Previous
Next Post »

Kongsi apa yang anda rasa ^^
jangan malu malu, kita kawan kan :) ConversionConversion EmoticonEmoticon

Thanks for your comment