Haii.. selamat petang.. panas kan sekarang ni? Entry kali ni Cik Vita nak
jelaskan kepada anda, mana-mana yang tak jelas atau tak tau lagi kenapa
sebenarnya kita perlu minum banyak air dalam sehari. Tengah dok type entry ni,
dah beapa gelas Cik Vita Berjaya minum tau. Panas sangat-sangat. Maklumlah,
rumah Cik Vita pulak memang panas kan.. Tak perlu membebel panjang, jom kita
tengok 5 sebab kenapa kita perlu minum banyak air.
Khasiat air putih |
Kelebihan minum air
1] Tubuh akan sentiasa sejuk
Adakah anda selalu berpeluh? Peluh itulah yang berperanan untuk menjaga
suhu tubuh tubuh supaya tetap sejuk. Peluh ini jugaklah memainkan peranan
penting sebagai ‘alarm’ kita supaya kita banyak minum air. Cakap terima kasih
kat peluh cepat cepat. Hehe.. jika kita tak cukup air untuk dikeluarkan dalam
bentuk peluh, Ia akan mengakibatkan kadar darah dan sistem peredarannya juga
akan mengalami masalah. Gejala yang biasa dikaitkan dengan masalah peredaran
tidak lancar adalah pening kepala, rasa sakit atau mengalami kesukaran untuk
bernafas.
2] Mengumpulkan nutrisi
Air membantu kita untuk
menghantarkan nutrisi melalui aliran darah ke seluruh bahagian yang diperlukan
oleh tubuh. Ini adalah kerana beberapa nutrisi adalah larut di dalam air.
3] Supaya tubuh kekal bergerak
Sekiranya air di dalam badan berkurangan, anda akan mengalami masalah
sembelit ataupun sukar untuk membuang air besar. Jadi, disinilah kepentingan
air tersebut. Air betindak sebagai pelembut kepada najis. Jadi ia dapat
dikeluarkan dengan baik.
4] menjadikan kulit kekal halus
Sel kulit yang memngandungi air yang mencukupi akan menjadikan kulit kekal
halus dan sihat. Sebaliknya, kalau anda kurang minum air, kulit sentiasa
kelihatan kering mneggelupas. Maka akan lahirkan kulit kusam dan tidak bermaya.
Jadi, cepat-cepat minum air sekurang-kurangnya 3 liter sehari.
5] Boleh Menghindari Pembentukan Batu Karang
Batu karang ‘bercambah’ bila komponen ‘sampah’ atau bendasing yang masuk
melalui ginjal dan bergabung dengan komponen ‘sampah’ yang lain. Butiran
pepasir ini akhirnya terbentuk. Jika butiran ini tidak dibuang, lama-kelamaan
ia akan tumbuh sehingga mempunyai ukuran seperti batu. Sebab itulah anda perlu
minum banyak air untuk membersihkan butiran pepasir tersebut.
Apabila sebut pasal minum air ni, Cik Vita tau, ramai sangat yang susah nak
minum air. Setengah daripada kita yang tunggu sehingga berasa sangat haus,
barulah minum air. Kadang-kadang ada yang tak minum langsung air putih ataupun
air mineral ni. Cik Vita pelik kadang-kadang. Boleh pulak seharian tak minum
air putih. Minum minuman manis je. Bahaya nak oiii air berperisa ni.. Cik Vita
nak pesan lah, supaya minum banyak air bagi mengelakkan dehidrasi, pening,
sakit kepala dan sakit-sakit badan. Tambahan pula dengan cuaca yang panas dan
kering sekarang ni.
Bagaimana nak minum air bagi cukup 3 liter ni Cik Vita?
Senang je nak oii.. cuba ikut contoh ni :-
- Minum segelas air selepas dari bangun tidur.
- Minum segelas air sebelum masuk tidur.
- Minum 3 teguk air selepas setengah jam.
- Minum 3 teguk air selepas keluar dari membuang air kecil.
Nak senang, anda beli je botol air yang ada sukatan tu.. senang nak sukat.
Jom cabar diri sendiri habiskan 3 liter air sehari. Yang penting, air mineral
atau air plain ok.. jgn la air teh o ais limau plak.. Cik Vita ambil Supplement Shaklee, Secara tak langsung, Cik Vita akan minum air kosong dengan sendirinya.hehe.. nak tau kenapa? meh kita whatsapp.. hehe
Pengedar Shaklee Sik, Batu Lima, Jeniang, Kedah
Serta Seluruh Malaysia
"Saya Pengedar
Shaklee terbaik anda"
[1164063]
Hubungi Cik Vita sekarang
;
SMS / WhatsApp :
0199609708
FB : Fisha Hasan
Page : Cik Vitamin
KONSULTASI PERCUMA
UNTUK PELANGGAN CIK VITA
1 comments:
Click here for commentsAir begitu penting untuk ksihatan diri kita. Terutamanya org yg ingin berdiet
Kongsi apa yang anda rasa ^^
jangan malu malu, kita kawan kan :) ConversionConversion EmoticonEmoticon