5 Sebab Kenapa Perlu Minum Banyak Air

Haii.. selamat petang.. panas kan sekarang ni? Entry kali ni Cik Vita nak jelaskan kepada anda, mana-mana yang tak jelas atau tak tau lagi kenapa sebenarnya kita perlu minum banyak air dalam sehari. Tengah dok type entry ni, dah beapa gelas Cik Vita Berjaya minum tau. Panas sangat-sangat. Maklumlah, rumah Cik Vita pulak memang panas kan.. Tak perlu membebel panjang, jom kita tengok 5 sebab kenapa kita perlu minum banyak air.

khasiat minum air putih
Khasiat air putih

Kelebihan minum air


1] Tubuh akan sentiasa sejuk

Adakah anda selalu berpeluh? Peluh itulah yang berperanan untuk menjaga suhu tubuh tubuh supaya tetap sejuk. Peluh ini jugaklah memainkan peranan penting sebagai ‘alarm’ kita supaya kita banyak minum air. Cakap terima kasih kat peluh cepat cepat. Hehe.. jika kita tak cukup air untuk dikeluarkan dalam bentuk peluh, Ia akan mengakibatkan kadar darah dan sistem peredarannya juga akan mengalami masalah. Gejala yang biasa dikaitkan dengan masalah peredaran tidak lancar adalah pening kepala, rasa sakit atau mengalami kesukaran untuk bernafas.

2] Mengumpulkan nutrisi

Air membantu kita untuk menghantarkan nutrisi melalui aliran darah ke seluruh bahagian yang diperlukan oleh tubuh. Ini adalah kerana beberapa nutrisi adalah larut di dalam air.

3] Supaya tubuh kekal bergerak

Sekiranya air di dalam badan berkurangan, anda akan mengalami masalah sembelit ataupun sukar untuk membuang air besar. Jadi, disinilah kepentingan air tersebut. Air betindak sebagai pelembut kepada najis. Jadi ia dapat dikeluarkan dengan baik.

4] menjadikan kulit kekal halus

Sel kulit yang memngandungi air yang mencukupi akan menjadikan kulit kekal halus dan sihat. Sebaliknya, kalau anda kurang minum air, kulit sentiasa kelihatan kering mneggelupas. Maka akan lahirkan kulit kusam dan tidak bermaya. Jadi, cepat-cepat minum air sekurang-kurangnya 3 liter sehari.

5] Boleh Menghindari Pembentukan Batu Karang

Batu karang ‘bercambah’ bila komponen ‘sampah’ atau bendasing yang masuk melalui ginjal dan bergabung dengan komponen ‘sampah’ yang lain. Butiran pepasir ini akhirnya terbentuk. Jika butiran ini tidak dibuang, lama-kelamaan ia akan tumbuh sehingga mempunyai ukuran seperti batu. Sebab itulah anda perlu minum banyak air untuk membersihkan butiran pepasir tersebut.

Apabila sebut pasal minum air ni, Cik Vita tau, ramai sangat yang susah nak minum air. Setengah daripada kita yang tunggu sehingga berasa sangat haus, barulah minum air. Kadang-kadang ada yang tak minum langsung air putih ataupun air mineral ni. Cik Vita pelik kadang-kadang. Boleh pulak seharian tak minum air putih. Minum minuman manis je. Bahaya nak oiii air berperisa ni.. Cik Vita nak pesan lah, supaya minum banyak air bagi mengelakkan dehidrasi, pening, sakit kepala dan sakit-sakit badan. Tambahan pula dengan cuaca yang panas dan kering sekarang ni.

Bagaimana nak minum air bagi cukup 3 liter ni Cik Vita?

Senang je nak oii.. cuba ikut contoh ni :-

  •  Minum segelas air selepas dari bangun tidur.
  • Minum segelas air sebelum masuk tidur.
  • Minum 3 teguk air selepas setengah jam.
  •  Minum 3 teguk air selepas keluar dari membuang air kecil.
    Nak senang, anda beli je botol air yang ada sukatan tu.. senang nak sukat. Jom cabar diri sendiri habiskan 3 liter air sehari. Yang penting, air mineral atau air plain ok.. jgn la air teh o ais limau plak.. Cik Vita ambil Supplement Shaklee, Secara tak langsung, Cik Vita akan minum air kosong dengan sendirinya.hehe.. nak tau kenapa? meh kita whatsapp.. hehe

Cik Vita PENGEDAR SHAKLEE Anda

Pengedar Shaklee Sik, Batu Lima, Jeniang, Kedah
Serta Seluruh Malaysia
"Saya Pengedar Shaklee terbaik anda"
[1164063]
Anda Mungkin Berminat Untuk MENJANA PENDAPATAN  6 -7 angka sebulan. 

Hubungi Cik Vita sekarang ;
SMS / WhatsApp : 0199609708
Page : Cik Vitamin

KONSULTASI PERCUMA
UNTUK PELANGGAN CIK VITA





Previous
Next Post »

1 comments:

Click here for comments
wan muliani
admin
16/4/15 12:31 am ×

Air begitu penting untuk ksihatan diri kita. Terutamanya org yg ingin berdiet

Congrats bro wan muliani you got PERTAMAX...! hehehehe...
Reply
avatar

Kongsi apa yang anda rasa ^^
jangan malu malu, kita kawan kan :) ConversionConversion EmoticonEmoticon

Thanks for your comment