Vitamin Hati

Assalamualaikum Shaklee Lovers..

Malam ni Cik Vita nak kongsi sikit mengenai vitamin hati supaya hati kita tak kering kontang ye.
Sebab Allah suka pada soleh solehah yang basah bibirnya dengan zikir, hidup hatinya. Selalulah banyak istighfar yea.. 

Antara zikir yang selalu diajar oleh sahabat-sahabat Shaklee cik vita adalah : 

[Allah Maha Pemberi]

Selalulah berselawat dengan Ya wahhab, kerana maksudnya Maha Pemberi.. Tak Kira Pekerjaan apa yang kita lakukan, business ke, CEO sekalipun, berselawatlah.. Kerana dengan berselawat hati kita akan menjadi lembut. Allah juga senang memberi kerana hati kita sentiasa mengingatinya.. 

Umi Cik Vita selalu ajar supaya Cik Vita supaya selalu beristighfar. Kenalah selalu beristighfar kerana setiap hari kita banyak melakukan dosa.. Macam mana dosa?
Kita duduk bawah pokok, kita cabut daunnya, kita patahkan rantingnya, rosakkan pokok tersebut.. Itu adalah antara dosa-dosa kecil yang mana Allah tak suka kita melakukannya. 

Macam mana Istighfar?
ini dia..


Rasulullah bersabda bahawa : "Sesiapa yang selalu beristighfar itu akan Allah mudahkan baginya setiap kesusahan dan Allah akan berikan rezeki kepadanya dari sumber yang tidak disangka-sangka"

Cuba jadikan ini amalan harian kita.. Lama-kelamaan kita akan terbiasa melakukannya.. InsyaAllah. 




Previous
Next Post »

Kongsi apa yang anda rasa ^^
jangan malu malu, kita kawan kan :) ConversionConversion EmoticonEmoticon

Thanks for your comment