Kali ni Cik Vita nak story pada anda berkaitan dengan buah manggis. Hmm. buah manggis.. sedap kan? Isinya yang putih, rasanya yang masam-masam manis. Memang buah kegemaran Cik Vita tu. Kalau tiba musim buah mesti balik kampung, ambik buah manggis. Panjat pokok tau ambik. Fesh dari dusun punya. hehe
Buah Manggis |
Buah Mangis ni berasal dari Genus Garcinia. Cik Vita boleh katakan, buah manggis ni adalah salah satu buah yang memang sangat digemari oleh masyarakat. Sebab rasanya yang sangat sedap dan lembut. Hasil dari pembacaan Cik Vita, baru Cik Vita tau bahawa buah manggis ni dikenali sebagai ratu buah atau Queen Of Tripical Fruits. Kenapa ya dianggap macam tu? Cuba tengok buah manggis. Seolah-olah macam ada mahkota ataupun crown atasnya kan. Kalau Durian dianggap raja buah, mangis pulak ratunya. :)
Kalau kita makan buah manggis, mesti kita makan isinya je kan.. Kulitnya kita buang macam tu je. Rugi tau awak..
Kenapa??
Sebab banyak manfaat yang kita boleh dapat dari Kulit Buah Manggis. Kulit manggis bukan hanya boleh mengatasi pelbagai penyakit, tetapi juga sangat baik untuk perawatan kecantikan.
Fungsi Kulit Manggis Untuk Kecantikan
Cik Vita suka sangat kalau bincangkan bab kesihatan dan kecantikan. Kalau kita semua sihata dalaman dan luaran, seri sihat tu akan terpancar di wajah. Jadi bila anda sihat, anda akan nampak cantik sangat. Itu pada pendapat Cik Vita lah. Terpulang pada seseorang nak tafsirkan tentang kesihatan dan kecantikan tu dari segi yang macam mana.
Kulit Manggis ni, dapat mengatasi pelbagai masalah kecantikan, antaranya :-
- Menghaluskan kulit wajah
- Mencerahkan kulit wajah yang kelihatan kusam
- Memutihkan Kulit
- Menghilangkan jerawat
- Menghilangkan bintik-bintik hitam di wajah
- Menghilangkan tanda-tanda penuaan
- Menghilangkan lemak di dalam tubuh
- Menegangkan kulit wajah
Cara Mengatasi Masalah Menggunakan Kulit Manggis
Anda boleh mengamalkannya samada melaui Rawatan Dalaman ataupun Rawatan Luaran.
Rawatan Dalaman
- Mesti ada Kulit Buah Manggis = 1 biji manggis [bersihkan terlebih dahulu]
- Potong kepada beberapa bahagian.
- Masukkan ke dalam mesin pengisar bersama 1/2 gelas air.
- Kisar sehingga menjadi halus.
~ Minum sehari sekali pada waktu malam [sebelum tidur]
~ Lakukan secara konsisten.
~ Anda akan dapat lihat hasilnya dalam masa sebulan - Kulit akan kelihatan lebih halus, cerah, bersih serta jauh daripada penyakit kulit seperti jerawat dan tanda-tanda penuaan.
Rawatan Luaran
- Mesti ada Kulit Buah Manggis = 2 biji manggis [bersihkan terlebih dahulu]
- Kisar dengan 1/2 gelas air.
- Masukkan kedalam gelas
- Biarkan selama 3 jam - tunggu sehingga ekstrak manggis mendap di bahagian bawah gelas.
- Buang air tersebut - dan ambil mendapan ekstrak manggis tersebut
- Jadikan ekstrak manggis itu sebagai masker wajah anda.
~ Lakukan rawatan masker ini setiap malam dan biarkan sehingga pagi keesokan harinya.
Cik Vita harap anda semua dapat mengaplikasikannya di rumah sendiri. So, tak dalah kulit manggis terbuang macam tu sahaja. Sebab banyak khasiat yang terkandung di dalam kulit manggis.
-----------------------------------------------------------------------------
Cik Vita Pengedar Shaklee Anda
Boleh rujuk di SINI untuk sebarang pertanyaan
atau boleh terus hubungi Cik Vita.
~Free
Consultation~
++++++++++++++++++++++++++++++++++++
Hubungi Cik Vita
ye ;
SMS / WhatsApp :
0199609708
FB : Fisha Hasan
Page : Cik Vitamin
Pengedar Shaklee
Sik, Batu Lima, Jeniang, Kedah
Serta Seluruh
Malaysia
"Saya
Pengedar Shaklee terbaik anda"
[1164063]
2 comments
Click here for commentsBagus betul info ni cuma saya tak boleh bayangkan apa rasa minum air kulit manggis?????
ReplyRasa kelat2 sikit.. kalau nak manis2, boleh tambah madu atau sedikit gula :)
ReplyKongsi apa yang anda rasa ^^
jangan malu malu, kita kawan kan :) ConversionConversion EmoticonEmoticon