Pilihan Wanita : Baju Kurung VS Seluar

Assalamualaikum & Selamat Sejahtera..

Bersiaran kita lagi sekali ye sahabat-sahabat semua.. Baju kurung vs seluar? Apa benda punya entry la Cik Vita ni kan?? haha.. dont judge the book by its cover ok.. baca dulu sampai habis.. hehe.. Cik Vita dari kecil memang diajar oleh umi Cik Vita pakai baju kurung.. So, sampai sekarang Cik Vita pakai baju kurung la ye?? So, Old Scholl.. eh?? pakai baju kurung old scholl ke awak??

Ye, memang Cik Vita diajar pakai baju kurung dari kecil. dan sekarang, baju kurung menjadi pilihan hati Cik Vita. Tapi sekarang Cik Vita pakai juga seluar.. bukan tak pakai langsung..

Anda pernah fikir tak, kenapa anda pakai seluar? kenapa anda pakai baju kurung?? haha.
Cik Vita fikir tau benda tu semua.. Kenapa? sebab, semua perkara yang kita buat dalam dunia ni mesti ada sebabnya kan.. hehe.. 

kelebihan dan kekurangan memakai seluar
Seluar vs Kain

Cik Vita pernah tau ditanya seorang sahabat.. 

"Why you wear baju kurung??" 

So, I tanya dia balik " Why you wear seluar and blouse??"

Masing-masing tak da jawapan.. Start dari situ Cik Vita terfikir, kenapa dan kenapa Cik Vita buat sesuatu perkara.. 

Pro & Kontra Memakai Baju Kurung 

Apalah kelebihan pakai baju kurung? rimas kan.. Tengah-tengah panas pakai baju kurung / kain..
Tapi mesti ada kelebihannya kan.. semua ada reason ,bg setiap WHY.. jom rungkai satu2 yea..

PRO :-
  1. Anda nampak and kelihatan amat sweet ketika memakai baju kurung.
  2. Baju kurung [tidak kira design yang bagaimana] amat sesuai untuk ke pelbagai function. 
  3. Apabila anda memakai baju kurung, pergerakan anda di tandas teramat senang. Semasa membuang air kecik atau air besar, anda hanya perlu mengangkat kain ke atas. So, kebarangkalian kain anda terkena percikan air kencing amat tipis. Bila nak solat, tak dalah was-was kan.
KONTRA :-
  1. Amat merimaskan bila anda bekerja di luar kawasan di tempat panas seperti engineer dan sebagainya.
  2. Sekiranya anda menaiki motosikal, tak sesuai memakai baju kurung melainkan anda pandai cover aurat anda. Aurat?.. Ye, bila naik atau membonceng motosikal, betis akan kelihatan ye, so kalau anda pandai cover dengan memakai seluar, stoking atau selainnya, its ok to wear kain / baju kurung. 

Pro & Kontra Memakai Seluar


Pakai seluar pun ada kelebihannya tau.. Namun tak kurang juga ada kekurangannya. Jom kita semak apa kelebihan dan kekurangannya.. 

PRO :-
  1. Sekiranya anda pandai menggayakan seluar yang dipakai anda nampak sangat sopan dan sweet.
  2. Sangat senang apabila anda menaiki atau membonceng motosikal. Tak payah terfikir tentang betis yang terbuka untuk tatapan umum tu kan.. 
  3. Sangat simple dan memudahkan pekerja yang bekerja di luar kawasan seperti di kawasan pembinaan dan sebagainya.
  4. Mudah untuk mengawal anak-anak yang hyperactive ketika berada di shopping complex dan sebagainya. 
KONTRA :-
  1. Apabila anda ingin membuang air kecil atau besar, anda perlu menurunkan seluar ke bahagian kaki. Ini berisiko untuk air kencing terkena pada seluar anda. So, kebersihan seluar untuk dibawa solat tidak terjamin. Tambahan pula yang memakai pallazo.Tetapi sekiranya anda yakin tidak terkena najis, tidak mengapa untuk dibawa solat.
  2. Sekiranya anda memakai seluar yang ketat seolah-olah membalut aurat, itu sangat tidak dapat diterima oleh ajaran Islam. Hal ini kerana Islam mengajar kita supaya menutup aurat, bukannya membalut aurat. So, Berhati-hati ketika membeli dan memakai seluar. 

Itulah sedikit sebanyak Ilmu yang dapat Cik Vita kongsikan kepada anda. Harap semuanya bermanfaat. Jangan lupa praktikkan ye. Jangan lupa fikirkan kepelbagaian sebab kenapa anda memilih untuk melakukan sesuatu perkara. 

So, Wahai wanita... Bagaimana?? Pilihan Anda? Seluar atau Baju Kurung??

=====================================================================
Cik Vita Pengedar Shaklee Anda

BERMINAT?

~Free Consultation~

++++++++++++++++++++++++++++++++++++
Hubungi Cik Vita ye ;
SMS / WhatsApp : 0199609708
Page : Cik Vitamin

Pengedar Shaklee Sik, Batu Lima, Jeniang, Kedah
Serta Seluruh Malaysia
"Saya Pengedar Shaklee terbaik anda"
[1164063]







Previous
Next Post »

2 comments

Click here for comments
Unknown
admin
31/10/14 12:41 am ×

dulu masa kecil-kecil sllu dimarah oleh mak kerana sukar pakai baju kurung hehehe..
jom kunjungi blog saya http://cahayaummurizqi.blogspot.com/2014/09/bahaya-manfaat-esp-shaklee-jika.html

Reply
avatar
Unknown
admin
31/10/14 1:56 am ×

kita suka pakai baju kurung.. senang dan selesa..=D

klik di sini

Reply
avatar

Kongsi apa yang anda rasa ^^
jangan malu malu, kita kawan kan :) ConversionConversion EmoticonEmoticon

Thanks for your comment